Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

PENCAPAIAN SIJIL MENENGAH AGAMA 2016 TERUS MENINGKAT

DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS , 29 DIS 2016 –  Tepat jam 10.30 pagi kedatangan para pelajar  telah memenuhi ruangan dewan utama bagi mengambil keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama .Selaku setiausaha Peperiksaan Sijil Menengah Agama Puan Norhaliza Binti Hashim  bersama- sama beberapa guru lain telah menyerahkan slip keputusan peperiksaan tersebut kepada pelajar yang  terlibat .Suasana gembira terpancar pada wajah semua yang berada di dalam dewan terutamanya ibu bapa yang menemani anak  masing – masing untuk melihat sendiri pencapaian mereka .Memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut adalah merupakan satu pakej untuk para pelajar dapat melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi dalam bidang keagamaan .Tahniah kepada semua pelajar SMA  & semua guru yang mengajarnya kerana telah meningkatkan bacaan  GPS  ke tahap yang lebih baik . Menurut catatan yang diberikan seramai 5 orang pelajar memperoleh Mumtaz Sufi  & 21 orang Mumtaz . Manakala kepada pelajar yang gagal  jangan berputus asa , sinar kejayaan akan muncul jika sentiasa bersedia untuk peperiksaan akan datang .

Tag: #KEPUTUSAN SMA 2016

0 komen

Sila berikan komen anda di sini