Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

KEWAJIPAN SESAMA ORANG ISLAM

SURAU BAHARU SMA AL –ATTAS ,13  JAN 2017 – Pada pagi jumaat yang diberkati oleh-Nya telah berlangsung satu majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Khairul Zaman Bin Omar . Ustaz Khairul Zaman yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Yo dijemput khas dari daerah Kemaman Terengganu . Tajuk hebat yang telah dikupaskan ialah Kewajipan Orang Islam Kepada Orang Islam Yang Lain . Pelbagai perkara dikemukakan untuk pemahaman semua pelajar & guru – guru yang mendengar .
      Antara pengisian majlis ilmu tersebut yang diambil daripada pelbagai hadith Nabi berkaitan hak orang mukmin seperti kewajipan dalam menjawab salam sesama mukmin , mengamalkan sikap suka menziarahi mukmin yang sedang sakit , melaksanakan kewajipan dalam menguruskan jenazah . Ustaz Yo juga merungkaikan bahawa melalui pengurusan jenazah , setiap orang islam perlu mempelajari cara – cara memandikan jenazah , mengkafankan , melakukan solat jenazah , mengusung & mengebumikan jenazah sehingga selesai . 
     Beliau juga mengingatkan kepada para hadirin akan kewajipan seseorang membaca (yarhamkallah bagi lelaki & yarhamkillah bagi perempuan ) ketika mereka mendengar orang lain sedang bersin  manakala jika seseorang menerima jemputan walimatul urus ( perkahwinan) maka wajib bagi orang tersebut hadir sekiranya tidak dalam darurat .Segala isu yang dibentangkan telah mempermudahkan orang lain dalam memahami sesuatu kemusykilan & ucapan jutaan terima kasih daripada semua warga Sma Al –Attas atas kesudian beliau hadir bagi menyampaikan majlis ilmu tersebut . 

Tag: #KEWAJIPAN SESAMA ISLAM

0 komen

Sila berikan komen anda di sini