Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

AKTIVITI PUSAT SUMBER


PUSAT SUMBER SMA AL –ATTAS , 3 MAC 2017 – Setiap tahun pelbagai aktiviti dilaksanakan oleh bahagian pengurusan pusat sumber sekolah . Aktiviti tersebut dijalankan adalah untuk menarik minat para pelajar berkunjung ke pusat sumber yang serba sedikit mempunyai kemudahan dari segi bahan bacaan & tempat pembelajaran yang selesa . Pada tahun ini seperti kebiasaan antara aktiviti yang dipertandingkan ialah pemenang peminjam buku terbanyak , pengawas cemerlang & berpotensi cemerlang , guru pilihan pusat sumber & 2 aktiviti setiap tahun iaitu aktiviti buku skrap & kuiz pengetahuan am ( sains & geografi ).Setiap aktiviti dilakukan agar dapat menghidupkan budaya cintai akan membaca . 

Tag: # PUSAT SUMBER SMAA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini