Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

BUKU SKRAP UNIK

PUSAT SUMBER SMA AL –ATTAS , 19 APRIL 2018 – Selaku penyelaras pusat sumber ,puan Norrulhudha Jamaludin berasa amat teruja kerana bahan hasil lukisan pertandingan seperti Sambutan Kemerdekaan & Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan telahpun siap dijadikan buku skrap yang begitu cantik . Puan Hafizah Binti Omar telah diamanahkan menghasilkan buku tersebut. Beliau sememangnya dikenali ramai kerana kepakaran & kepelbagaian idea kreatif dalam melakukan sesuatu gerak kerja dengan jayanya .

Melihat kesungguhan  beliau menghasilkan bunga timbul di hadapan kertas buku tersebut menjadi salah satu tarikan buku itu dikatakan unik . Kepakaran beliau digunakan sepenuhnya membantu Unit Pusat Sumber kerana beliau adalah merupakan salah seorang ajk pusat sumber pada tahun ini. Terima kasih atas jasa sehingga tercapai hasrat untuk dibukukan pertandingan lukisan hasil para pelajar buat tatapan pengunjung . 

Tag: #PUSATSUMBER

0 komen

Sila berikan komen anda di sini