Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

PEMENANG PERTANDINGAN MELUKIS 2017

DATARAN KEJAT SMA AL –ATTAS , 27 SEPT 2017 – Pertandingan melukis telahpun berakhir malahan barisan pemenang juga telah diketahui . Sebagai tanda penghargaan kepada semua peserta satu penyampaian hadiah telah diadakan di tapak perhimpunan pada pagi tadi yang telah disampaikan oleh GPK Kurikulum Ustaz Mohd Shaikan Bin Mohamed Mokhtar dan diiringi oleh GPK Kokurikulum Ustaz Mohd Sharkawi Bin Shaadan .Penyampaian hadiah tersebut juga telah dibantu oleh setiausaha kokurikulum ustazah Halimah Binti Hamzah dan ahli jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu yang menganjurkan pertandingan itu . 

Pemenang saguhati telah menerima sijil , cenderamata dan sedikit kudapan manakala pemenang 3 terbaik setiap tingkatan menerima sijil , cenderamata , kudapan & wang saguhati . Sumbangan hadiah tersebut telahpun ditaja oleh pihak sekolah dengan persetujuan Tuan Pengetua Tuan Haji Mod Najib @ Mohammad Najib Bin Yaakob . Tahniah kepada semua pemenang malahan kepada semua guru , juri yang telah menjayakan aktiviti bulan kemerdekaan pada kali ini . 

Tag: #PERTANDINGANMELUKISSEMPENAKEMERDEKAAN2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini