Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

BENGKEL TAHSIN HARI TERAKHIR

DEWAN SYED HASSAN AL – ATTAS PEKAN , 22 APRIL 2018 – Selama 3 hari 2 malam telah selamat berlangsungnya Bengkel Tahsin Al –Quran bagi pelajar tingkatan 4 yang akan menduduki Sijil Menengah Agama pada tahun ini . Bengkel tersebut telah bermula dari hari jumaat hingga ahad di Sma Al –Attas Pekan yang merupakan  tuan rumah bagi Zon 1 . Bengkel itu telah disertai oleh beberapa buah sekolah yang terdiri daripada SMA Rompin , SMA Bukit Ibam , Kulliah SAB , SMATAF & SMA Darul Makmur Ghanchong . Setiap sekolah wajib menghantar guru yang mengajar subjek al –Quran bagi memudahkan proses penambah baikan bacaan para pelajar ketika bengkel dijalankan . 

Sepanjang bengkel dilaksanakan pujian harus diberikan kepada semua guru yang bertungkus lumus menjayakan bengkel selama 3 hari berkenaan terutamanya kepad guru yang mengelola para pelajar dalam proses hafalan surah , tajwid & sebagainya kerana demi anak bangsa mereka sanggup berkorban pada hari cuti bagi membantu peningkatan setiap pelajar .Selaku tuan rumah ,segala kemaafan dipinta sekiranya sepanjang bengkel berlangsung terdapat pelbagai kekurangan kerana pihak sekolahtelah melakukan  sehabis baik dalam menyambut para tetamu berkampung sepanjang 3 hari tersebut . 

Tag: #KURIKULUM

0 komen

Sila berikan komen anda di sini