Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

PENDAFTARAN PELAJAR TING 2 HINGGA 5 (2017)

 

DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS , 29 DIS 2016 – Sesi persekolahan 2017 akan bermula tidak lama lagi . Bagi menyambut kedatangan tahun bermulanya pembelajaran baharu , para pelajar yang berjaya memasuki tingkatan 2 ,3 ,4 & 5 telah mula mendaftarkan diri . Para pelajar ditemani oleh ibu bapa masing – masing yang dapat dilihat ketika memenuhi kaunter pembayaran yuran & pembelian buku di kaunter mengikut tingkatan . Pada hari tersebut juga kaunter asrama diwujudkan bagi memudahkan proses kemasukan pelajar yang menetap di asrama serta menyediakan segala  kelengkapan asrama yang wajib dibeli oleh mereka . Manakala kelengkapan buku teks telah diberikan kepada mereka pada hari akhir sesi persekolahan 2016 . Melalui pemberian awal buku teks berkenaan dengan ini membolehkan para pelajar mengulang kaji lebih awal buku berkenaan sebelum proses pembelajaran bermula .Semoga sesi kali ini akan lebih mengorak langkah menuju kejayaan kelak .

Tag: #DAFTAR TING 2 HINGGA 5

0 komen

Sila berikan komen anda di sini