Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

MAJLIS MUAFAKAT BERSAMA - SAMA IBU BAPA

DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS , 25 JAN 2017 - Majlis Muafakat telah selamat berlangsung dengan jayanya . Jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir bagi sama – sama memikirkan solusi yang bernas dalam menangani sebarang masalah . Pada pagi tersebut majlis dirai meriah sekali dengan kehadiran YDP PIBG Tuan Haji Mohd Sani Bin Mohd Saat  ,barisan Ajk PIBG & tidak lengkap majlis tanpa Tuan Haji Mod Najib @ Mohammad Najib Bin Yaakob selaku Pengetua . Sebelum majlis bermula ibu bapa dapat menikmati ceramah keibubapaan yang telah disampaikan oleh Ustaz Hamdan Yusi Bin Yusuf Pegawai Agama Islam Daerah Muadzam . Santapan rohani telah berakhir melalui ceramah tersebut kini tiba giliran Ustaz Mohd Saikhan Bin Mohd Moktar ( GPK Kurikulum)  ditugaskan  dalam memberi penerangan &  pemahaman kepada hadirin yang hadir ke majlis tersebut bagi menghuraikan Pelan Tindakan Kecemerlangan Akademik (PETKA) tahun 2017 .Majlis tersebut berakhir dengan bacaan doa kira – kira jam 2.00 petang .

IBU BAPA RAJIN ANAK CEMERLANG,

GURU BERUSAHA SETIAP MASA,

MAJLIS MUAFAKAT TERUS GEMILANG,

AGAR KEJAYAAN TERUKIR SENTIASA,

Semoga dengan berakhirnya Majlis Muafakat tahun ini di harap ibu bapa & para guru sentiasa berusaha & bekerjasama dalam merialisasikan impian agar menjadi nyata in shaa Allah .

Tag: #MUAFAKAT

0 komen

Sila berikan komen anda di sini