Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI GURU

SMA AL – ATTAS PEKAN , 16 MEI 2017 – Seorang guru umpama tangan harapan kepada semua para pelajar kerana mendidik malahan mengajar kebaikan setiap ilmu yang disampaikan . Bagi menghargai jasa yang dicurahkan oleh insan  bernama guru ,setiap tahun tanggal 16 mei sambutan hari guru dilaksanakan di seluruh Malaysia . Pada hari tersebut guru dilayan bagaikan puteri & putera disambut dengan meriah dengan pelbagai aktiviti . 

Segala aktiviti telah dirangka oleh semua pelajar , barisan pengawas & pelajar tahun akhir tingkatan 5 . Antara aktivitinya senamrobik , sukaneka seperti acara menghias kek , menghias mumia &  acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada semua guru . Walau bagaimanapun , ucapan daripada Tuan Pengetua Tuan Haji Mod Najib @ Mohammad Najib Bin Yaakob tidak dilupakan. Beliau sempat memberikan ucapan & tanda terima kasih kerana menyempurnakan majlis yang gilang gemilang ini . Manakala Ustazah Rohana merupakan wakil guru yang berucap pada hari kejadian dengan meninggalkan beberapa pesanan berguna buat semua pelajar yang disayangi . Selaku ketua pelajar Mohd Hazrul Hafiz Bin Hamka juga sempat memberikan ucapan ketika majis tersebut berlangsung . Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar kerana bekerjasama dalam menjayakan majlis tersebut.

Tag: # HARI GURU 2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini