Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

SESI TAKLIMAT PELAJAR ASRAMA

DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS , 2 JAN  2017 –  Pada hari ini berlangsungnya  sesi taklimat kepada semua pelajar yang memasuki asrama . Segala kesulitan telah diterangkan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar ( GPK HEP) Encik Zakaria Bin Mahmod . Bagi menyambut kehadiran para pelajar asrama  sesi tersebut juga dihadiri oleh Tuan Pengetua Tuan Haji Mod Najib @ Mohammad Najib Bin Yaakob , Timbalan YDP PIBG sekolah Encik Mat Alias & barisan warden asrama yang dipertanggungjawabkan semasa proses pendaftaran tersebut . Bagi pelajar yang baharu mengorak langkah ke alam sekolah menengah mereka dihantar oleh keluarga masing – masing manakala bagi pelajar lama terdapat juga yang kembali ke sekolah lebih awal bagi membantu para guru dalam menyusun atur segala kelengkapan yang diperlukan . Tahniah & selamat kembali ke sekolah dengan azam baharu yang lebih memberikan semangat kecemerlangan dalam diri .

Tag: # PELAJAR ASRAMA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini