Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

PU HAFIDZ DI SMA AL -ATTAS

DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS , 7 FEB 2018 – Kedatangan Pencetus Ummah Hafiz ke Sma Al –Attas Pekan adalah merupakan satu keistimewaan kepada semua pelajar yang terlibat dalam program motivasi  ‘ Pecutan Awal Super Genius 2018 ’ .Hal ini demikaian kerana , PU Hafiz berpengalaman mengendalikan pelbagai jenis program motivasi untuk para pelajar sekolah & setiap slot diisi dengan pelbagai ilmu berguna untuk  catatan setiap peserta . 

Program motivasi  tersebut dianjurkan oleh Unit Bimbingan & kaunseling sekolah . Tujuan utama diadakan adalah untuk memberikan aspirasi kepada pelajar mengenai motivasi diri dalam pembelajaran. Mohd Hafidz Bin Mohd Zawawi merupakan Pencetus Ummah siri pertama ,segala ilmu yang diperoleh telahpun dimanfaatkan dengan berkongsi sedikit sebanyak ilmu kepada anak – anak didik Sma Al – Attas.Seramai 150 orang pelajar terlibat dalam program tersebut yang telah berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang .Pihak sekolah mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan kepada PU Hafidz kerana sudi berkongsi ilmu yang berguna .

Tag: #UNITBIMBINGAN&KAUNSELING

0 komen

Sila berikan komen anda di sini