Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

SUASANA HARI RAYA AL -ATTAS

 
DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS , 24 JULAI 2017 – Pada hari jumaat yang lalu ( 21 julai 17) warga al –attas dengan meriahnya telah mengadakan sambutan  hari raya aidilfitri .Pelbagai jabatan kerajaan & swasta dijemput bagi memeriahkan lagi hari tersebut . Warna – warni hari raya pada pagi itu amat dirasai oleh semua , terutamanya para pelajar yang gembira memperagakan pakaian raya mereka dengan bermacam corak menarik . Pada hari tersebut juga warga al –attas ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana pihak Majlis Agama & Adat Resam Melayu Pahang ( MUIP) telah sudi memberikan sumbangan untuk para pelajar miskin yang disampaikan oleh Dato’Ahmad Hairi Bin Hussin DIMP.,SAP.,AMP., PKC., selaku Setiausaha Majlis Agama & Adat Resam Melayu Pahang .Sumbangan tersebut amat bermakna kepada para pelajar yang layak kerana wang zakat itu sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan mereka . Antara makanan yang menjadi pilihan pada hari tersebut seperti Sate, Nasi Minyak , Lemang , air sarsi dan pelbagai lagi  . 

Tag: #SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

0 komen

Sila berikan komen anda di sini