Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

AZIM BIN AZMAN DALAM KENANGAN

 

Diriwayatkan oleh Imam Muslim  dari Jubair bin Nufair ia mendengarnya berkata, saya mendengar Auf bin Malik berkata; Suatu ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menshalatkan jenazah, dan saya hafal do’a yang beliau ucapkan:  

“ALLAHUMMAGHFIR LAHU WARHAMHU WA ‘AAFIHI WA’FU ‘ANHU WA AKRIM NUZULAHU WA WASSI’ MUDKHALAHU WAGHSILHU BILMAA`I WATS TSALJI WAL BARADI WA NAQQIHI MINAL KHATHAAYAA KAMAA NAQQAITATS TSAUBAL ABYADLA MINAD DANASI WA ABDILHU DAARAN KHAIRAN MIN DAARIHI WA AHLAN KHAIRAN MIN AHLIHI WA ZAUJAN KHAIRAN MIN ZAUJIHI WA ADKHILHUL JANNATA WA A’IDZHU MIN ‘ADZAABIL QABRI AU MIN ‘ADZAABIN NAAR" 

(Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah ia, lindungilah ia dan maafkanlah ia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnya, bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya -di dunia- dengan rumah yang lebih baik -di akhirat- serta gantilah keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam surga-Mu dan lindungilah ia dari siksa kubur atau siksa api neraka).”


AZIM BIN AZMAN DALAM KENANGAN

Hujan mulai renyai – renyai pada pagi 24 Dis 2016 , warga al –attas dikejutkan dengan berita yang tidak disangka –sangka .Berita yang diterima dalam keadaan terkejut bercampur sedih , pada pagi tersebut  kami diberitahu bahawa salah seorang pelajar Sma Al –Attas telah kembali menghadap Yang Maha Pencipta kerana kemalangan jalan raya .Rasa sayu malahan ada air mata yang mengalir mengingatkan  akan  kenangan bersama pelajar tersebut . Azim Bin Azman seorang pelajar yang begitu murah dengan senyuman . Salah satu perkara yang membuatkan para guru  kagum dengan sikapnya ,dia tidak pernah meninggikan suara & sentiasa tersenyum walaupun adakalanya ditegur . Tenanglah kamu di sana wahai anak didikku ,kami akan menyusurimu tetapi entah bila ? entah di mana pengakhirannya kerana yang mengetahui segalanya hanyalah Allah Maha Pencipta …

SALAM TAKZIAH BUAT ENCIK AZMAN SEKELUARGA DARIPADA SEMUA WARGA AL –ATTAS  ATAS PEMERGIAN ANAKANDA TERCINTA ...



LAGU DI BAWAH HANYA SEKADAR PERINGATAN BUAT DIRI SENDIRI

Jauh sudah kaki melangkah
 Tersesat aku hilang tanpa arah
 Ku yang selalu terjatuh dan terjatuh
 Dalam dosa dan semua keangkuhanku
 Kini ku sadar dan semua keangkuhanku
 Sebelum aku menutup waktuku

Reff:
 Tuhan ku mohon ampuni aku
 Izinkan ku bertaubat
 Tunjukkan aku jalan lurus-Mu
 ‘tuk menggapai surga-Mu

Ku sadar ku hanya manusia
 Oh hamba-Mu yang berlumur dosa
 Ku yang selalu terjatuh dan terjatuh
 Dalam dosa dan semua keangkuhanku
 Dan jawab pintaku aku bersujud pada-Mu
 Memohon ridho serta ampunan-Mu

Back to Reff:

Tuhan ku mohon ampuni aku
 Izinkan ku bertaubat

Back to Reff:

‘tuk menggapai surga-Mu
 ‘tuk menggapai surga-Mu

Lirik lagu Taxi Band – Sebelum Menutup Waktu

 

Tag: #AZIM BIN AZMAN DALAM KENANGAN

1 komen

cikgu

2016-12-26 01:46:37 UTC

seorang pelajar yang mudah tersenyum.....moga Allah permudahkan urusannya di sana..

Sila berikan komen anda di sini