Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

INFO PERSEKOLAHAN SMAA 2021

Assalamualaikum wbt,
Kepada semua ibubapa/ Penjaga,

*PENGOPERASIAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG*

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada arahan terkini yang dikeluarkan oleh JAIP melalui Bahagian Pendidikan  ekoran kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak KPM berhubung perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan pengoperasian sekolah bagi SMAN Pahang adalah seperti berikut:
2.1 Pelajar yang akan menduduki peperiksaan bersijil sahaja yang akan memulakan pembelajaran di sekolah mulai *20 Januari 2021 (Rabu) dan menjalani pembelajaran SECARA BERSEMUKA*.
Pelajar-pelajar yang terlibat ialah:
*1) Calon Pep. SMA* (Tingkatan 4/2020).
*2) Calon Pep. SPM* (Tingkatan 5/2020)..

*Bagi pelajar asrama dikehendaki pulang ke asrama pada *19hb Januari 2021.*

2. 2 Manakala *PEMBELAJARAN SECARA PdPR* akan dilaksanakan kepada *Semua pelajar tingkatan 1, 2,3 dan 4/ 2021.*

Kerjasama semua pihak dalam hal ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Saya yang menjalankan amanah,

HANUM BT JABAR
*B/p PENGETUA*
SMA Al Attas 
Pekan. 
17 Januari 2021

Tag: #SEK2021

0 komen

Sila berikan komen anda di sini