Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

TAHLIL BUAT ARWAH AZIZUL BIN ROSLI

SURAU SMA AL – ATTAS PEKAN , 24 MAC 2017 – Tanpa di sedari  telah sebulan berlalu pemergiannya menghadap Illahi akibat jangkitan kuman di bahagian otak . Tidak sempat untuknya mengetahui keputusan SPM yang telah didudukinya pada tahun lepas namun segalanya sudah tertulis . Keputusan yang diperolehnya adalah sangat membanggakan seluruh keluarga & guru – guru yang sempat mengajarnya iaitu arwah telah mencapai tahap lulus semua 9 subjek yang diambil . Mengimbas kembali ketika  arwah Azizul Bin Rosli belajar di sini , dia merupakan seorang pelajar yang ceria walaupun hidupnya telah menjadi anak yatim sejak berumur 14 tahun kerana kehilangan ibunya yang menghidapi penyakit .

Arwah juga merupakan ahli aktif di bawah sukan ragbi sekolah & menyumbang pelbagai kemenangan dalam sukan tersebut . Arwah juga merupakan seorang pengawas yang berdedikasi & manakala di asrama merangkap sebagai ketua kebersihan . Sebagai tanda ingatan & mendoakan arwah selamat di alam sana tepat jam 12.00 tengah hari satu tahlil buat arwah telah diadakan di surau oleh beberapa orang pelajar tingkatan 5 . Semoga rohnya dicucurkan rahmat oleh-Nya di sana kelak..aamin… 

Tag: #TAHLIL & DOA SELAMAT

0 komen

Sila berikan komen anda di sini