Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

PELANCARAN PROGRAM JQ

DEWAN SYED HASSAN AL - ATTAS , 15 MEI 2017 – Bagi memartabatkan penggunaan tulisan jawi & memantapkan bacaan al –Quran buat semua pelajar Al –Attas .Persatuan Pendidikan Islam sekolah telah melancarkan Program JQ iaitu Jawi & Quran pada hari jumaat yang lalu ( 12 mei ) .Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Sani Bin Mohd Saad . Pelbagai persembahan telah dilaksanakan dengan jayanya seperti persembahan nyanyian dari tingkatan 1 , nyanyian huruf jawi dari tingkatan 2 & choral speaking bertajuk sukatan pelajaran pendidikan islam diwakili pelajar tingkatan 3 .      

                 Persembahan yang mantap tersebut hasil usahasama antara guru Pendidikan Islam & para pelajar . Guru Pendidikan Islam yang terlibat dalam menjayakan pelancaran bagi program ini ialah Ustazah Zariah Abd Rashid , Ustazah Marbiah Ahmad , Ustazah Nurul Izzat Shukri & Ustazah Wan Nasyitah Wan Nazri . Semoga usaha yang diberikan dalam menjayakan pelancaran program tersebut akan sentiasa membuahkan hasil .

Tag: #PROGRAM JQ

0 komen

Sila berikan komen anda di sini