Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

Program kasih ramadan/titisan kasih ramadan ) Bantuan kepada keluarga pelajar susah ( PIC 2 )


 PERKARA : Program kasih ramadan/titisan kasih ramadan ) Bantuan kepada keluarga pelajar susah 
 
 TARIKH : Sepanjang Ramadan ( Kepada Pelajar Terpilih  ) 
 
 TEMPAT  : Rumah pelajar berkenaan 
 
 PENGISIAN : Usaha Badan Dakwah & Kerohanian Sekolah ( BADAR ) bersama - sama ahlinya yang di ketua oleh Ustaz Muhd Zin Bin Mat Saman ( GPK HEM ) kali ini berserta Setiausaha Kerohanian  Ustazah Rohana Bt Abd Latiff harus dipuji, terdapat masa terluang mereka bersama guru & pelajar lain akan bergerak ke destinasi di mana yang telah dikenal pasti oleh pihak sekolah untuk mengagihkan bantuan berbentuk keperluan dapur ke rumah - rumah pelajar Sma Al - Attas yang kurang berkemampuan . 
 Kebiasaan sekiranya hari bersekolah mereka akan bertolak dalam jam 4 petang selepas solat asar manakala hari cuti dari jam 11 hingga 4 petang tanpa ada rasa penat tetapi keprihatinan mereka lebih lagi apabila berjumpa dengan keluarga pelajar yang mempunyai pelbagai permasalahan sedih malahan terdapat juga keluarga yang dalam keadaan kais pagi makan pagi kais petang makan petang katanya. 
 Usaha murni ini sedikit sebanyak dapat mendidik semua hati warga sekolah kerana tabung derma ini dilancarkan bertujuan mengajar hati berkongsi kedukaan & sebarkan kegembiraan dalam menempuh raya yang bakal menjelma tidak lama lagi..Semoga berpanjangan silaturahim dalam bantuan ini.
 
 
 #KEPADA MANA - MANA INDIVIDU YANG INGIN MEMBANTU DALAM MENGHULURKAN SEBARANG SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA KELUARGA PELAJAR BERKENAAN BOLEH BERBUAT DEMIKIAN DENGAN BERURUSAN TERUS MELALUI PIHAK BADAR YANG DIKETUAI OLEH GPK HEM USTAZ MOHD ZIN BIN MAT SAMAN @ PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH SMAA , HARAP MAKLUM ..JASA KALIAN SURGA BALASANNYA DARIPADA ALLAH S.W.T .

Tag: #KEROHANIAN

0 komen

Sila berikan komen anda di sini