Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

PROGRAM " JOM KE SEKOLAH "

DATARAN KEJAT SMA AL -ATTAS, 6.2.2017 - Pada hari semalam telah berlangsungnya program Jom Ke Sekolah di Sma Al –Attas yang disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah Inspektor Hidayahtullah Bin Soleh . Beliau sempat membaca teks ucapan yang telah disampaikan oleh YB. Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid Menteri Pendidikan Malaysia . Berikut teks yang telah dibaca, semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melancarkan program Jom ke Sekolah ini secara serentak pada 5 dan 6 hb Februari tahun 2017.Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PDRM terutamanya Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan seluruh warga pendidik atas daya usaha untuk menjayakan Program Jom ke Sekolah. Program Jom ke Sekolah merupakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) KPM bersama - sama PDRM melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK). Diharapkan Pegawai Perhubungan Sekolah dapat mengadakan kunjungan ke sekolah sekurang - kurangnya sebulan sekali serta dapat memberi nasihat kepada murid - murid dalam perhimpunan sekolah.Pegawai Perhubungan Sekolah juga diharapkan boleh menjadi sumber rujukan pihak sekolah berkaitan  undang - undang.
         Saya yakin kerjasama dan permuafakatan bersama PDRM, komuniti, ibu bapa dengan
pihak sekolah akan dapat mempertingkatkan minat murid untuk hadir ke sekolah. Sistem
Pendidikan Negara telah memasuki Gelombang ke - 2 . Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dengan tekad dan azam untuk terus berusaha melonjakkan kualiti pendidikan negara seperti yang dihasratkan. Dalam hal ini kemenjadian murid harus dilihat secara holistik dan menyeluruh dari segi akademik, sahsiah, kokurikulum dan sukan. Bagi menarik minat murid hadir ke sekolah, pendekatan sekolah terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah menarik dan berkesan.Kementerian Pendidikan telah melaksana pelbagai inisiatif termasuk penerapan elemen pembelajaran menyeronokkan bagi memastikan murid- murid gembira ke sekolah
sekali gus dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni merangkumi aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani. KPM berusaha membentuk ekosistem pembelajaran abad ke - 21
bagi memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai melalui budaya sekolah,
prasarana, pelibatan ibu bapa dan komuniti, guru yang professional serta proses pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Pentadbir sekolah yang berkesan akan berupaya
menghasilkan pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan, memberi aspirasi dan inspirasi
kepada murid untuk datang ke sekolah setiap hari dengan perasaan gembira dan seronok untuk belajar.Justeru, Program Jom ke Sekolah adalah sebahagian daripada usaha KPM dengan
kerjasama PDRM bagi meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid terutamanya
dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji. 
       Menerusi program ini diharapkan pihak sekolah terutamanya guru -guru dapat berperanan sebagai pendidik, pembimbing dan pemudahcara di samping berperanan sebagai guru disiplin , semua guru adalah guru disiplin. Selain  itu ,  keprihatinan ibu bapa bagi memastikan anak - anak hadir ke sekolah juga adalah amat penting . PPPM memberi ruang dan menggalakkan pelibatan ibu bapa terlibat secara langsung dalam pembelajaran anak sama ada di rumah atau di sekolah.
     Jadikanlah sekolah sebagai tempat menimba ilmu, membina pengalaman,
membentuk bakat, dan mengasah daya kepimpinan kerana andalah merupakan aset negara
yang bernilai pada masa hadapan. Jauhilah perkara yang tidak berfaedah dan jangan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat dan tidak bermoral seperti ponteng, buli, dadah serta lain - lain gejala negatif yang boleh merosakkan diri dan masa depan anak - anak sekalian.Sayangi diri, hormati ibu bapa, guru - guru dan komuniti anda. Berusahalah menjadi yang terbaik kerana dalam dunia yang kompetitif hari ini hanya yang terbaik akan berjaya.
Only the best among you will survive and thrive .

    Dengan berakhirnya ucapan melalui teks tersebut, Pegawai Perhubungan Sekolah Inspektor Hidayahtullah Bin Soleh juga berharap agar  para pelajar  mengambil tindakan bijak sekiranya berada di kawasan sekolah . Moga Anak - anak al - attas lebih bersemangat jitu dalam menuntut ilmu .

Tag: # JOM KE SEKOLAH

0 komen

Sila berikan komen anda di sini