Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

PASUKAN BOLA TAMPAR DIRAI

SMA AL –ATTAS PEKAN , 18 APRIL 2018 – Sebagai tanda penghargaan kepada pasukan bola tampar yang ke perlawanan MSSD di Padang Rumbia , selaku guru pembimbing Ustaz Ahmad Syukor Bin Ahmad Ghundal telah meraikan pasukan terbabit . Mereka telahpun dibawa menjamu selera di salah sebuah tempat makan yang terkenal di sekitar bandar pekan . 
Peningkatan kecil pasukan tersebut menjadi tonggak kejayaan seterusnya walaupun pelbagai halangan yang ditempuh . Penghargaan yang dilakukan oleh Ustaz  Ahmad Syukor harus dipuji kerana cara tersebut adalah merupakan salah satu pendekatan terima kasih kepada para pelajar kerana telah mengharumkan nama sekolah walaupun bukan menjadi johan . 

Tag: #KOKURIKULUMMSSD

0 komen

Sila berikan komen anda di sini