Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

SUASANA MESYUARAT AGUNG KELAB & PERSATUAN

PERKARANGAN  SMA AL –ATTAS , 18  JAN 2017 – Setiap tahun Unit Kokurikulum akan mengadakan Mesyuarat Agung Kokurikulum agar perancangan yang telah dilaksanakan berjalan lancar . Mesyuarat tersebut merangkumi rumah sukan,persatuan & kelab  bagi semua pelajar .Tepat jam 3.40 petang telah berlangsungnya pemilihan setiap ajk kelab & persatuan, Setiap kelab & persatuan selalunya akan merangka  aktiviti  buat para pelajar sekiranya mempunyai  kesempatan masa memandangkan jadual pembelajaran yang begitu padat . Aktiviti  tersebut juga bertujuan menghidupkan lagi suasana  setiap persatuan . Persatuan PORTUNE & KO- FALAK  ialah merupakan persatuan yang aktif dari segi  pencapaian pada tahun lepas .Walau bagaimanapun, persatuan lain juga tidak ketinggalan menjalankan pelbagai pengisian untuk aktiviti masing – masing tetapi apa yang pasti  melalui aktiviti tersebut akan mewujudkan semangat kerjasama & pengukuhan ukhwah sesama  pelajar .

Tag: # KELAB & PERSATUAN

0 komen

Sila berikan komen anda di sini