Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

TAHNIAH PELAJAR SMA 2017

DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS PEKAN , 29 DIS 2017 – 
Keputusan Sijil Menengah Agama ( SMA ) telah pun diketahui oleh semua pelajar tepat jam 10.30 pagi di sekolah masing – masing pada pagi tadi. Selaku Guru Penolong Kanan Kurikulum Ustaz Mohd Shaikan Bin Mohamed Mokhtar  amat berbesar hati mengumumkan  berita gembira kepada semua yang hadir di dalam bahawa terdapat peningkatan peratus GPS keputusan SMA kali ini iaitu sebanyak 2.04 dari tahun sebelumnya 2.47 . Disebabkan peningkatan itu SMA Al –Attas telah mendapat kedudukan ke -9 daripada 18 buah sekolah menengah agama seluruh negeri Pahang pada tahun ini . Kedudukan tersebut harus dibanggakan kerana bukan mudah untuk mengekalkan kecemerlangan sekiranya tiada usaha yang berterusan . 

Seramai 13 orang pelajar telah mendapat pangkat Mumtaz Sofi manakala 30 orang pelajar lagi memperoleh Mumtaz  dalam sijil menengah agama tersebut . Tahniah diucapkan kepada pelajar & semua tenaga pengajar atas kejayaan yang terlakar indah , semoga kecemerlangan akan terus meningkat . in shaa Allah .

Tag: #SMATERBAIK2017

0 komen

Sila berikan komen anda di sini