Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

BOLA TAMPAR ( P) MERAIH GELARAN NAIB JUARA


DEWAN SERBAGUNA SMK AHMAD PEKAN , 15 FEB 2017 – Pada hari semalam ( 14 Feb 2017)  telah berlangsungnya perlawanan Bola Tampar Peringkat MSSD antara sekolah – sekolah sekitar daerah Pekan . Tidak melepaskan peluang yang diberikan , team SMA Al –Attas berpeluang menghantar seramai 11 orang pemain yang berpengalaman dalam sukan tersebut . Selaku jurulatih tetap Bola Tampar SMAA , Puan Norhana Binti Mohamed Sah sentiasa memastikan segala teknik yang diajar harus dipraktikkan oleh semua pemain . 

Berkat usaha gigih tanpa mengenal erti letih , pasukan Bola Tampar Al –Attas layak dinobatkan sebagai Naib Johan sukan tersebut & hanya kalah bermaruah pada tangan pihak lawan yang datangnya daripada Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah ( Shah Pekan ) manakala di tempat ketiga menjadi milik Sek Men Keb Chini Timur .Tahniah kepada semua yang terlibat dalam mengharumkan nama sekolah masing – masing . 

Tag: # BOLA TAMPAR

0 komen

Sila berikan komen anda di sini