Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

KEMERIAHAN PETKOS 2017

SMA AL –ATTAS PEKAN , 19 SEPT 2017 – Selama tiga hari berturut – turut satu Perkhemahan Tahunan Kokurikulum Sekolah (PETKOS ) telah diadakan di perkarangan padang Sma Al –Attas pada 15 hingga 17 september baru – baru ini. Perkhemahan tersebut dihadiri oleh pelajar tingkatan 4 & 5 . Sebanyak 14 kumpulan telah diberikan , pada hari pertama mereka telah diberikan khemah dan beberapa batang buluh untuk dijadikan pelbagai peralatan kreatif seperti rak kasut , ampaian dan sebagainya . Tujuan utama diberikan tugasan tersebut agar mereka dapat mengamalkan sikap bekerjasama antara satu sama lain dalam kumpulan mereka . Manakala setiap guru – guru juga diberikan tugasan memasak mengikut waktu makan para peserta perkhemahan tersebut .Sepanjang tiga hari itu pelbagai aktiviti dijalankan seperti pertandingan memasak , malam kebudayaan & explorace . Walau bagaimanapun , aktiviti kerohanian juga tidak ketinggalan kerana pada setiap hari selesai solat akan diadakan beberapa slot sentuhan rohani .Pada hari penutup pihak sekolah telah menjemput Tuan Hairuddin Bin Kadir selaku Penolong Pengarah Unit Kokurikulum Bahagian Pendidikan JAIP tanda merasmikan perkhemahan tahunan tersebut . Semoga dengan adanya perkhemahan tersebut akan lebih melahirkan lagi semangat saling membantu malahan mewujudkan sikap mengeratkan silaturahim antara pelajar dan guru – guru .  

Tag: #PETKOS

0 komen

Sila berikan komen anda di sini