Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

Majlis Zikir dan Pengajian Tafaqquh Online.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Tuan Pengetua, Barisan PK dan Para Guru yang dihormati, sempena tempoh PKP dan Lockdown ini, Badan Dakwah & Kerohanian SMA Al-Attas akan mengadakan Majlis Zikir dan Pengajian Tafaqquh Online.

Maklumat Program :
 Kitab : Taalim al-Muta'allim Turuqa at-Atta'allum
Tarikh: Bermula 1 Jun (dan berterusan setiap hari sepanjang Lockdown) 
Jam : 6.45 pagi
Live di Facebook Badar SMA Al-Attas. 


 Tujuan utama Program/aktiviti ini diadakan adalah  untuk mempelawa pelajar² khususnya untuk memanfaatkan masa mereka dengan perkara² yang ilmiah & berfaedah, selain berdoa agar wabak Covid-19 yang melanda negara semakin pulih. 

Semua warga SMA Al-Attas dialu-alukan untuk menyertainya bagi penambahan ilmu & kefahaman dalam sesuatu hal , program ini terbuka dan *tidaklah diwajibkan* kepada para pelajar SMA Al-Attas.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan dalam meraih reda ALLAH. 

#kitamestimenang
#kitasemuabersaudara

*Badan Dakwah & Kerohanian SMA Al-Attas*

Tag: #BADAR2021

0 komen

Sila berikan komen anda di sini