Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

CERAMAH ANTIDADAH

DEWAN SYED HASSAN AL –ATTAS , 9 MAC 2017 – Tepat jam 9.00 pagi berlangsungnya ceramah di bawah kelolaan Agensi Antidadah Kebangsaan Cawangan Pekan .Ceramah tersebut telah disampiakan oleh Encik Fazli dengan tajuk bahaya dadah .Sepanjang pengisian ceramah telah mendedahkan beberapa perkara mengenai akibat buruk sekiranya mengambil dadah ,kesan jangka masa panjang yang akan dihadapi seumur hidup , cemuhan orang – orang sekeliling & yang paling utama sebatan dikenakan ke atas diri pesalah sama ada menagih mahupun mengedar dadah . 

Pendedahan ini dilakukan adalah untuk memberi kesedaran dalam diri seseorang pelajar akan bahaya terjebak dengan dadah . Beliau juga telah menyampaiakn ceramah selama 1 jam 15 minit dengan penuh pengisian ilmu – ilmu berguna . Para pelajar juga tidak berasa bosan kerana beliau memasang beberapa tayang  video kesan penggunaan dadah terhadap tubuh badan seseorang sehingga ada yang hanya menunggu masa untuk tulang kaki dipotong kerana pengambilan dadah berlebihan boleh memakan daging & kulit kaki akibat bahan kimia berlebihan dalam dadah tersebut . Setelah selesai ceramah disampaikan , para pelajar dijamu mata dengan pelbagai jenis pameran jenis – jens dadah & info mengenai AADK . Terima kasih daripada semua warga Sma Al –Attas Kepada beberapa pengawai daripada AADK Pekan atas kerjasama semua kerana sudi menyampaikan perkongsian ilmu tersebut .

Tag: # CERAMAH ANTIDADAH

0 komen

Sila berikan komen anda di sini