Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

KAWAT KAKI BERKUMPULAN

 
PADANG SMA AL –ATTAS PEKAN , 8 MAC 2017 – Aktiviti koko yang dilaksanakan pada petang itu amat menarik minat para pelajar walaupun seharian penat belajar dari pagi hingga petang . Jam 3.40 petang aktiviti kawat kaki beramai – ramai dimulakan dengan bantuan beberapa orang pelajar berpengalaman & guru pembimbing yang hadir pada hari tersebut . Kawat kaki dilaksanakan agar pengisian para pelajar dalam unit badan beruniform lebih bermanfaat untuk penambahan pengetahuan terutamanya kepada pelajar baharu . Pelaksanaan pada petang itu begitu santai agar para pelajar menikmati hari koko dengan tenang . Aktiviti tersebut berakhir sebelum azan asar berkumandang . Syabas kepada semua yang hadir dalam menjayakan aktiviti badan beruniform kali ini .

Tag: # MINGGU BADAN BERUNIFORM

0 komen

Sila berikan komen anda di sini