Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

SEMINAR PT3 , SMA & SPM 2017

SMA AL – ATTAS PEKAN , 21 – 23 APRIL 2017 – Selama tiga hari berturut – turut para pelajar yang terdiri daripada  tingkatan  3 hingga 5 sedang sibuk menghadiri seminar pelbagai mata pelajaran untuk kecemerlangan dalam peperiksaan bersijil kelak . Setiap tahun seminar dilaksanakan di bawah unit kurikulum dengan bantuan bayaran oleh PIBG adalah untuk pengisian para pelajar agar lebih mendapat input akan sesuatu pembelajaran . Bagi menarik minat para pelajar mendengar & mencatat ilmu tersebut , setiap slot mata pelajaran akan disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman luas dalam subjek berkenaan yang datangnya dari pelbagai sekolah malahan guru - guru yang dijemput khas tersebut ada juga mendapat gelaran guru cemerlang di sekolah mereka . Besar harapan pihak sekolah agar semua pelajar yang hadir untuk 3 hari tersebut mendapat ilmu & dipraktikkan buat kejayaannya kelak . Terima kasih kepada semua penceramah kerana  sudi hadir ke Sma Al –Attas & berkongsi segala jenis ilmu tersebut . 

Tag: #SEMINAR

0 komen

Sila berikan komen anda di sini