Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

JOHAN TENIS JADI MILIK PELAJAR SMA AL -ATTAS

SMA AL –ATTAS PEKAN , 24 JULAI 2017 – Baru – baru ini pihak sekolah telah menghantar 4 orang wakil pelajar untuk ke kejohanan tenis peringkat Majlis Sukan Sekolah Pahang yang diadakan di Kuantan pada 12 julai lalu . Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu , ternyata usaha yang berterusan membuahkan hasil apabila tiga daripada pelajar terbabit mendapat gelaran johan dalam pelbagai kategori . Adik Mohd Ekmal Bin Norhisham  mendapat  johan bawah 18 kategori single & double yang telah mengalahkan pemain dari daerah Lipis . Adik Wan Mohd Firas Bin Wan Shaiful pula mendapat gelaran johan bawah 15 kategori single & double manakala Adik Mohd Muaz Syakir Bin  Akhirruddin juga melakarkan kejayaan dalam single & double bawah 15 . Berkat kesungguhan 3 orang jurulatih mereka yang salah seorangnya ialah ayah kepada adik Wan Mohd Firas tidak sia – sia walaupun sekian lama pasukan di bawah kelolaan mereka banyak memasuki pelbagai pertandingan tenis tersebut . Menurut cakap salah seorang pemain pada tanggal 4.8 .2017 kemugkinan mereka bertiga layak memasuki peringkat seterusnya iaitu MSSM ( Majlis Sukan Sekolah Malaysia) yang akan diadakan di negeri Johor . Tahniah daripada semua warga Sma Al – Attas atas kejayaan yang terlakar indah .

Tag: #TENIS

0 komen

Sila berikan komen anda di sini