Sekolah Menengah Agama Al-Attas

" SEKOLAH CERIA PELAJAR CEMERLANG"

PERISTIWA GERHANA CINCIN TANDA KEBESARAN ALLAH S.W.T

PERKARA : PERISTIWA GERHANA CINCIN TANDA KEBESARAN ALLAH S.W.T 

TARIKH : 26 DIS 2019

TEMPAT : SELURUH MALAYSIA

PENGISIAN :  Fenomena 'Cincin' di langit pada 26 Disember ini.

Selepas 21 tahun, pada 26 Disember 2019, rakyat Malaysia sekali lagi akan berpeluang menyaksikan fenomena Astronomi yang jarang-jarang berlaku di Malaysia iaitu Gerhana Matahari Anulus atau dikenali juga sebagai Gerhana Matahari Cincin.

Kali terakhir Gerhana Matahari Anulus berlaku di Malaysia ialah pada 22 Ogos 1998, di Mersing, Johor.

Tempoh gerhana akan berlaku bermula pukul 1.21 petang hingga 1.23 petang di Tanjung Piai manakala di Serian pula, fenomena astronomi itu akan berlaku dalam tempoh kira-kira empat minit bermula 1.46 petang hingga 1.50 petang.

Pada waktu sama, seluruh negara juga akan turut mengalami fenomena Gerhana Matahari Separa yang akan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang.

Kredit: Planetarium Negara, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

Tag: #GERHANA MATAHARI

0 komen

Sila berikan komen anda di sini