SEMINAR PENULISAN RESUME DAN TATACARA UNTUK MENGHADIRI TEMUDUGA
SMAKT- 31 Januari 2018
Unit Bimbingan Dan Runding Cara telah menganjurkan satu seminar yang bertajuk Penulisan Resume Dan Tatacara Untuk Menghadiri Temuduga. Sasaran tertumpu kepada 173 orang pelajar dari tingkatan 5 sahaja. Seawal jam 8.00 pagi para pelajar sudah pun memenuhi Dewan Al-Abqori.
Seminar ini telah disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas dari University Management And Science (MSU) iaitu En. Norsham Bin Umar. Beliau merupakan salah seorang Pensyarah di university...
KURSUS VOKAL DAN PERCUSSION
SMAKT – Ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang seni juga merupakan satu kelebihan kepada pelajar. Kelebihan ini boleh membantu para pelajar untuk menceburi dalam bidang seni sebagai satu hobi mahupun sebagai kerjaya di masa hadapan. Apa yang lebih utama adalah seni merupakan satu wadah dan pemangkin kepada dakwah islam.
Oleh yang demikian, Kelab Kesenian Dan Kebudayaan SMAKT telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan satu kursus yang berkaitan dengan vocal dan percussion. Penceramah...
JASAMU DIKENANG, BUDIMU DISANJUNG
SMAKT - Jumaat, 26 Januari 2018
~ Majlis Pertukaran Cikgu Norhayati Binti Sulaiman~
Sesungguhnya tiada siapa yang menyangka bahawa beliau akan pergi setelah sekian lama mencurahkan bakti di sini. Tidak terluah dengan kata-kata betapa sedihnya perasaan kami kerana telah kehilangan seorang guru yang sangat dedikasi terhadap tugasnya.
~ Majlis Pertukaran Cikgu Norhayati Binti Sulaiman~
Sesungguhnya tiada siapa yang menyangka bahawa beliau akan pergi setelah sekian lama mencurahkan bakti di sini. Tidak terluah dengan kata-kata betapa sedihnya perasaan kami kerana telah kehilangan seorang guru yang sangat dedikasi terhadap tugasnya.
Pengorbanan dan jasa beliau kepada sekolah tidak ternilai harganya. Beliau telah banyak membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada anak didik SMAKT...
KEJOHANAN BADMINTON MSSD TEMERLOH 2018
SMAKT – Muhd Khairul Adha Bin Abdul Halim telah berjaya mengharumkan nama sekolah apabila dinobatkan sebagai Naib Johan bagi kategori perseorangan lelaki bawah 18 tahun dalam pertandingan Kejohanan Badminton MSSD Temerloh 2018. Manakala Johan telah dimenangi oleh pemain dari SMK Hwa Lian, Mentakab. Dengan ini pihak sekolah ingin mengucapkan syabas dan tahniah diatas kejayaan yang diperolehi.
Pertandingan ini telah diadakan selama 3 hari berturut-turut bermula dari 24hb sehingga 26hb...