
PROGRAM KARNIVAL KO-FALAK SMAN DI PERINGKAT SEKOLAH
SMAKT / 10 APRIL 2025 / KHAMIS / 11 SYAWAL 1446H
Program Karnival Ko-Falak SMAN di peringkat Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh telah diadakan di Dewan Utama pada hari ini. Pelbagai aktiviti yang disediakan antaranya ceramah, pameran, menyemak tarikh lahir mengikut kalendar islam dan cerapan langit malam.
Majlis ini dirasmikan oleh Prof. Dato' Dr. Asmadi bin Mohamed Naim, DSSS., PMK. Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Pahang. Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur iaitu Jabatan Mufti Negeri Pahang atas pelaksanaan program ini.
0 komen