PERLAKSANAAN UJIAN SEGAK DALAM PAJSK
PERLAKSANAAN UJIAN SEGAK 2017
Perlaksaanaan ujian segak kali pertama telah pun berjaya dijalankan di Dewan Al-Abqori, SMAKT pada hari ini, Khamis bertarikh 13 April 2017. Sasaran pelajar yang terlibat untuk ujian segak kali ini adalah untuk semua pelajar tingkatan satu.
Apa yang perlu anda tahu mengenai perlaksanaan SEGAK? Jom kita bersama-sama membaca sedikit info mengenai segak.
SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur"
OBJEKTIF SEGAK
OBJEKTIF SEGAK
- untuk menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid.
KONSTRUK YANG DIUKUR:
- Perkembangan fizikal murid
- Kecergasan
- Senaman
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEGAK:
- Ujian SEGAK ditadbir oleh guru Pendidikan Jasmani dua kali setahun.
- Ujian ini dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat menengah rendah.
- Ujian SEGAK dilaksanakan sejurus selepas BMI dijalankan.
- Keempat-empat aktiviti SEGAK hendaklah dilaksanakan pada hari yang sama.
- Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani menggunakan borang Rekod SEGAK seperti dilampiran A mulai Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan mulai Jun sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.
- Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani dalam Sistem Pengurusan Sekolah mulai Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan mulai Jun sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.
- Pelaporan ujian SEGAK dicetak oleh Guru Pendidikan Jasmani dari aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah.
KESELAMATAN MENGENDALI UJIAN SEGAK:
- Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika : a) Disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasanfizikal; b) Mengidap penyakit kronik; dan c) Tidak sihat pada waktu ujian.
- Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.
- Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.
- Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
- Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.
- Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.
KOMPONEN KECERGASAN
Antara komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu;
- Komposisi badan
- Daya tahan kardiovaskular
- Daya tahan otot
- Kekuatan otot
- Kelenturan
ITEM BATERI UJIAN
- Indeks jisim badan
- Naik turun bangku
- Tekan tubi
- Ringkuk tubi separa
- Jangkauan Melunjur
UJIAN INDEKS JISIM BADAN
- Nama Ujian: Indeks Jisim Badan(BMI-for-age)
- Tujuan: Menilai komposisi badan
- Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
- Jantina: Lelaki dan Perempuan
- Alatan dan kemudahan:a) Pengukur tinggi b) Penimbang berat c)Borang skor
PENGURUSAN DAN ORGANISASI:
- Pengukuran ini boleh dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.>
0 komen