Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS RESTU ILMU SMA & SPM

Majlis Restu Ilmu SMA dan SPM telah diadakan di Dataran Al-Muttaqin SMAKT pada hari Jumaat, 11 Oktober 2019 bersamaan 12 Safar 1441H. Majlis ini telah dilaksanakan selepas selesai melaksanakan solat hajat. Majlis ini telah dihadiri oleh semua guru-guru SMA dan SPM serta para pentadbir. 

Majlis ini merupakan salah satu langkah dan persediaan terakhir dari segi fizikal dan mental bagi calon-calon SMA dan SPM sebelum menduduki peperiksaan sebenar. Dengan ini Warga SMAKT mengucapkan selamat menjawab soalan dengan tenang kepada semua calon SMA dan SPM 2019. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang… InsyaALLAH.

Tag: 2019 SMA spm

0 komen

Sila berikan komen anda di sini