Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SEMINAR KECEMERLANGAN PENTAKSIRAN TING 3 (PT3) 2017

Satu Seminar Kecemerlangan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2017 telah pun berjaya diadakan selama 3 hari bermula dari hari Jumaat sehingga hari Ahad di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut. Seminar ini telah diadakan pada 28 haribulan sehingga 30 haribulan Julai 2017 yang lalu. Sasaran seminar ini lebih tertumpu kepada semua pelajar Tingkatan 3 seramai 202 orang. 

Objektif utama seminar ini adalah bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul dan tepat mengikut kehendak peperiksaan. Semoga dengan usaha murni pihak sekolah menganjurkan seminar ini dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar agar lebih bersedia dan berkeyakinan ketika menjawab soalan peperiksaan sebenar kelak. 

 “Semoga Kejayaan Mengiringi Usaha Anda” 

Tag: smakt Kurikulum Seminar Kecemerlangan Pentaksiran Ting 3 (PT3) 2017 seminar

0 komen

Sila berikan komen anda di sini