Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA & PELEPASAN KONTINJEN KE MASISUPA PERINGKAT ZON 3

SMAKT |  01 APRIL 2026 |  RABU  | 12 SYAWAL 1447H


Alhamdulillah satu Majlis pelepasan kontinjen MASISUPA (Majlis Sukan & Ilmiah Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang) dari SMAKT telah berjaya dilaksanakan pada hari ini di Dewan STAM. Majlis telah berlangsung jam 2.00 petang sebelum para kontinjen berlepas ke SMA Al-Ittifaqiyyah Guai. Majlis ini telah dimulai dengan bacaan doa, ucapan motivasi dari Tuan Pengetua sebagai pembakar semangat untuk pelajar agar dapat bersaing secara sihat dalam setiap acara di pertandingkan nanti. Majlis di akhiri dengan acara penyerahan bendera kepada Cikgu Thoha Bin Jamal selaku Ketua Kontinjen MASISUPA. Secara keseluruhannya seramai 216 orang para kontinjen dari SMAKT akan menyertai pertandingan acara Ilmiah (62 orang) dan Sukan (154 orang) tersebut.

Tag: 2026 MASISUPA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini