
CERAMAH DISIPLIN SESI KE-2 2018
SMAKT – Satu ceramah disiplin telah diadakan pada 3 Ogos 2018 (Jumaat) yang lalu dan bertempat di Dewan Al-Abqori SMAKT. Ceramah ini bermula pukul 8 pagi dan berakhir pukul 9 pagi. Sasaran ceramah ini adalah kepada semua pelajar tingkatan 1 sahaja seramai 209 orang. Ceramah ini telah disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Insp Norazan bt Mohd Yusof. Tajuk ceramah tersebut ialah Strategi Pencegahan Jenayah Dalam Konteks PDRM.
0 komen