Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI PERINGKAT SEKOLAH 2017

Rabu, 26 Julai 2017 - Satu Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah berjaya diadakan oleh warga SMAKT pada hari selasa bertarikh 25 Julai 2017. Program ini merupakan satu aktiviti yang sangat baik bagi menjalinkan hubungan silaturrahim melibatkan guru, pelajar dan kakitangan sekolah serta para tetamu jemputan.  Selain itu, ia juga dapat melahirkan rasa kesyukuran kerana dapat lagi kita menyambut Aidil Fitri pada tahun ini disamping dapat menikmati juadah yang beraneka jenis. 
 
Program ini telah dimulai dengan acara perhimpunan raya seawal 7.20 pagi dan disusuli dengan acara ceramah sempena Aidul Fitri yang telah disampaikan oleh Ustaz Syed Badrillah Bin Syed Mohamed di Dataran Al-Muttaqin. Kemudian para pelajar mula bergerak ke Dewan Utama untuk menjayakan acara yang seterusnya seperti persembahan nasyid, nyanyian lagu raya, dan ucapan hari raya daripada guru-guru dan para pelajar. 
 
Pada pukul 9.30 pagi semua warga SMAKT dan para jemputan telah dijemput untuk menikmati hidangan yang telah disediakan. Pelbagai juadah dan kuih-muih disediakan oleh pihak penganjur untuk dijamu kepada warga sekolah dan para jemputan antaranya mee sup, mee kari, laksa asam, aiskrim, cendol, tapai, masakan panas, nasi minyak, satay serta lemang dan rendang. Semua warga SMAKT kelihatan sangat gembira dan majlis hari raya disambut dengan meriah sekali. 

Sebelum majlis  bersurai semua pelajar diminta untuk bersama-sama bergotong-royong bagi membersihkan kawasan sekitar sekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SMAKT di atas kerjasama yang diberikan bak kata pepatah " yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing ".

Tag: Aktiviti smakt Program Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Sekolah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini