Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KEJOHANAN BOLA JARING MSSD TEMERLOH 2018 BAWAH 12, 15 & 18 TAHUN

SMAKT – Kejohanan Bola Jaring MSSD Temerloh telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Sukan Pahang SMK Seberang Temerloh. Ianya telah berlangsung selama 3 hari berturut-turut bermula dari 10 hingga 12 April 2018. SMAKT telah menghantar dua pasukan iaitu penyertaan bagi kategori bawah 15 tahun dan kategori bagi bawah 18 tahun.

Kedua-dua Pasukan Bola Jaring SMAKT telah berjaya merangkul kedudukan dalam kejohanan kali ini. Di mana, pasukan kategori di bawah 15 tahun telah dinobatkan sebagai Naib Johan dan bagi kategori di bawah 18 tahun pula telah menduduki tempat ke-3. 

Sekalung penghargaan syabas dan tahniah pihak sekolah ucapkan kepada pengurus pasukan dan guru pembimbing iaitu Cikgu Siti Rohaida Binti Mohd Taha, Cikgu Nurul Shahida Binti Ahmad Najid dan Cikgu Vizata Binti Ahmad Sapian serta kepada semua para peserta yang terlibat. 

 
Majulah Sukan Untuk Negara.

Tag: 2018 MSSD Kokurikulum

0 komen

Sila berikan komen anda di sini