Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 ASRAMA PUTERA

5 Januari 2019, Ahad: Satu Program Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1 Aspura telah berjaya dijalankan pada 4 dan 5 Januari 2019 yang lalu. Program ini telah berlangsung selama 2 hari. Program ini telah dikawal selia oleh Warden dan AJK Asrama.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan silaturrahim yang erat diantara para pelajar. Selain itu ia juga dapat mewujudkan kerjasama di antara mereka serta dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.

Aktiviti yang dijalankan antaranya ialah kuliah maghrib, sesi perkongsian pelajar cemerlang, perlawanan futsal, sukaneka dan Qiamullail. Diharapkan program ini akan berjaya melahirkan pelajar-pelajar tingkatan 1 menjadi lebih bersedia untuk menjalani  kehidupan yang baru di asrama.

Tag: 2019 Orientasi

0 komen

Sila berikan komen anda di sini