KEM BIJAK SOLAT
SMAKT – Seramai 8 orang wakil dari Badan Dakwah dan Ibadah (BADIB) sekolah ini telah memenuhi jemputan dari Unit Bina Insan SMK Seri Bahagia sebagai fasilitator bagi program Kem Bijak Solat.
Aktiviti ini telah dilaksanakan pada 3 Februari 2018 (Sabtu), jam 8.00am sehingga 3.00pm. Kem ini telah diadakan di surau sekolah tersebut. Ia telah melibatkan seramai 25 orang pelajar yang terdiri dari tingkatan satu sahaja.
Tahniah kepada wakil BADIB di atas kerjasama yang telah diberikan...
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS 2018
SMAKT – Pengawas merupakan kumpulan pelajar yang dihormati di sekolah. Mereka merupakan pelajar-pelajar pilihan yang mempunyai ketrampilan dan kecemerlangan baik daripada aspek akademik, sahsiah mahu pun kokurikulum. Mereka juga merupakan role model kepada pelajar-pelajar lain.
Objektif majlis perlantikan ini diadakan antaranya ialah untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas-pengawas agar dapat melakukan tugas yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah dengan penuh...
SANTAPAN ROHANI
SMAKT – Satu majlis ceramah agama telah diadakan di Dataran Al-Muttaqin pada 2 Februari 2018 seusai perhimpunan pada pukul 7.30 pagi.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Tuan Haji Mohd Hanafiah Bin Mohd Nawawi, Pengurus Pembangunan Kesedaran Syariah dari Bank Rakyat Kuala Lumpur.
Dari Abu Bakar ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Jadilah kita seorang yang alim atau orang yang belajar ilmu agama atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti,...
Dari Abu Bakar ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Jadilah kita seorang yang alim atau orang yang belajar ilmu agama atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti,...
SARINGAN PESERTA MASISUPA 2018
SMAKT - Saringan peserta ilmiah dan sukan untuk ke perlawanan di MASISUPA peringkat Zon kali ke-34 sedang giat dijalankan. Bagi acara ilmiah saringan peserta telah pun diadakan pada 24 Januari yang lalu. Manakala bagi acara sukan pula saringan peserta sedang giat dijalankan pada minggu ini. MASISUPA peringkat Zon 3 akan diadakan di Sekolah Menengah Agama Al-Wosto pada pertengahan bulan Mac 2018.