Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

USRAH GABUNGAN PELAJAR LELAKI TINGKATAN 1 HINGGA 3

Unit Usrah Badan Dakwah Dan Ibadah SMAKT telah berjaya menganjurkan satu program usrah pada 22 Februari 2020 (Jumaat) yang lalu. Ia telah berjaya menggabungkan Naqib Usrah bersama semua pelajar lelaki dari tingkatan 1 hingga 3 sahaja. Program ini telah bermula pada pukul 8.10 pm hingga 8.20 pm dan telah dilaksanakan di Surau Asrama Lelaki.  

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk membina ukhwah antara adik-beradik usrah dan beraktiviti dengan Naqib Usrah. Aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah Tadarus Al-Quran dan membaca terjemahan surah An-Nas.

Semoga semua pelajar beroleh manfaat hasil dari program tersebut.

Tag: 2020 BADIB

0 komen

Sila berikan komen anda di sini