Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAKLUMAN ARAHAN PENUTUPAN SEKOLAH EKORAN PENULARAN COVID-19

لسلام عليكم ورحمة الله 

Dengan segala hormatnyaperkara di atas adalah dirujuk:

Sukacita dimaklumkan kepada semua ibubapa dan penjaga, setelah merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Menteri Pendidikan berkaitan penutupan semua sekolah bermula 9/11/2020 hingga 17/12 /2020.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan/puan dikehendaki mengambil anak yang tinggal diasrama pada 9/11/2020 bersamaan hari Isnin seperti ketetapan berikut:

1) Tingkatan 1- 2 : 9.00 - 10.00 Pagi
2) Tingkatan 3 - 4 : 10.00 - 11.00 Pagi
3) Tingkatan 5 - 6 : 11.00- 12.00 Tghari.

Ini bertujuan bagi mengelakkan kesesakan di kawasan sekolah. Semua ibubapa diminta untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Diharapkan semua ibubapa kekal tenang dan dapat mengikut arahan sekolah dari masa ke semasa.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Tag: 2020 PKP

0 komen

Sila berikan komen anda di sini