Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PENGHASILAN PROJEK RBT TINGKATAN 3

Alhamdulillah atas usaha dan bimbingan dari guru-guru yang mengajar matapelajaran RBT tingkatan 3 iaitu Cikgu Najiha bt Zakaria, Cikgu N0rbaity binti Hamzah dan Cikgu Khairul Azhar bin Abdul Majid, para pelajar telah berjaya menghasilkan produk sendiri.

 
Jom baca sedikit info mengenai projek RBT Tingkatan 3:
Kerja projek Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Tingkatan 3 dalam Standard Kandungan Penghasilan Produk merupakan salah satu komponen Pentaksiran Bilik darjah (PBD) yang wajib dilaksanakan oleh murid tingkatan 3 tahun semasa. Kerja projek ini memerlukan murid memilih sekurang-kurangnya dua bidang ilmu dalam aplikasi teknologi yang telah dipelajari. Pada akhir pelaksanaan projek, murid dikehendaki menyediakan dokumentasi dan membentangkan bersama projek mereka mengikut kreativiti murid dengan bimbingan guru. Tahap Penguasaan (TP) murid hendaklah direkodkan dalam templat pelaporan PBD dan skor murid hendaklah dihantar kepada Lembaga Peperiksaan (LP) untuk tindakan selanjutnya.

Tag: 2019 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini