SEMINAR PENDIDIKAN AL-QURAN DAN SUNNAH SPM 2018
SMAKT – Satu seminar Pendidikan Al-Quran Dan Sunnah (PQS) di bawah anjuran Panitia PQS telah berjaya diadakan pada 31 Ogos 2018 (Jumaat) yang lalu. Seminar ini telah diadakan di Dewan Al-Abqori. Sasaran seminar ini adalah kepada 112 orang pelajar dari tingkatan 5 Al-Khawarizmi, Al-Farabi, Al-Biruni dan Ar-Razi sahaja. Seminar ini telah disampaikan oleh En. Ayob bin Mohd Ali. Beliau didatangkan khas dari SMK Seksyen 18, Shah Alam Selangor. Objektif utama seminar ini diadakan adalah untuk memantapkan pemahaman pelajar dalam menjawab soalan PQS dalam peperiksaan. Seminar ini telah bermula pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tenghari. Semoga semua pelajar dapat memanfaat ilmu yang diperolehi dengan berkesan. Semoga andaberoleh kejayaan.
0 komen