Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KELAS INTENSIF TINGKATAN 4 BAGI MATA PELAJARAN BALAGHAH

Kelas Intensif Tingkatan 4 bagi mata pelajaran Balaghah telah berjaya dilaksanakan di Dewan Utama pada 6 Julai 2019 (Sabtu) yang lalu. Kelas intensif ini adalah dibawah anjuran PETKA SMAKT. Seramai 174 orang pelajar dari tingkatan 4 telah menghadiri kelas tersebut. Kelas intensif ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Aidil Yusri bin Md Yusof dari Sekolah Menengah Al-Ulum Addiniah Dong, Raub.
 
Objektif utama program ini adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar teknik untuk menjawab soalan bagi mata Balaghah. Aktiviti yang telah dijalankan antaranya ceramah dan bagaimana cara untuk menjawab soalan balaghah. Turut hadir Ustazah Zaidah bt Husin dan Ustazah Siti Khadijah bt Bakry selaku guru mata pelajaran Balaghah tingkatan 4.

Tag: 2019 SMA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini