Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM KESEDARAN AADK BANTU PERKUKUHKAN JATI DIRI PELAJAR

21 Februari 2019, Khamis: Satu ceramah berkaitan akibat daripada aktiviti penyalahguaan dadah oleh pegawai AADK Daerah Temerloh iaitu En Mohd Zaharami Bin Zakaria dan Encik Izzul Fahmi telah diadakan di Dewan STAM (pelajar lelaki) dan di Dewan Utama PIBG (pelajar perempuan). Ceramah ini telah bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada 1.00 petang. Dalam ceramah yang disampaikan pelajar telah didedahkan terhadap punca, kesan dan bagaimana untuk menghindarinya.

Program Kesedaran Antidadah ini juga turut diselitkan dengan soalan kuiz antidadah bagi memberikan pemahaman serta menerapkan konsep dua hala melalui pertanyaan dari pegawai dan jawapan oleh pelajar. Program ini merupakan satu langkah ke arah memberi pengetahuan asas tentang dadah bagi menyelesaikan masalah pelajar daripada menghadapi tekanan yang boleh mendorong mereka terlibat dengan penagihan dadah.

Selain itu para pelajar juga wajar menghayati nilai agama kerana inilah yang akan memberi petunjuk dan pedoman untuk mereka menempuh kehidupan yang penuh dengan cabaran. 

Tag: 2019 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini