Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU NORIRANA BT MOHD SUHAIMI

Satu majlis perpisahan telah diadakan untuk Cikgu Norirana Bt Mohd Suhaimi. Beliau telah menabur bakti selama 5 tahun di sekolah ini dengan mengajar mata pelajaran Sains untuk tingkatan 1, 2 dan 5. 

Seluruh warga SMAKT merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Norirana di atas perkhidmatan yang diberi sepanjang berada di sini. Semoga cikgu terus maju dalam kehidupan dan didoakan agar sentiasa diberi nikmat kesihatan yang berterusan.

Tag: 2018 perpisahan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini