Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

LAWATAN PELAJAR STAM KE USIM (UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA)

Seramai 79 orang pelajar STAM bersama 4 orang guru pengiring dari sekolah ini telah menyertai Lawatan ke USIM pada 4 Mei 2019 yang lalu. Lawatan ini adalah dibawah anjuran Sekolah dan Alumni SMAKT. 

Objektif utama program ini adalah untuk mencari bahan rujukan agar pelajar dapat menyiapkan kerja kursus bagi matapelajaran Balaghah dan Adab Nusus. Selain itu, program ini juga dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat memandangkan SMAKT merupakan sekolah angkat USIM.

Aktiviti yang dijalankan semasa berada di USIM antaranya ialah mendengar taklimat berkaitan syarat-syarat untuk melanjutkan pelajaran ke USIM dan mencari bahan rujukan di Perpustakaan USIM.

Tag: 2019 stam

0 komen

Sila berikan komen anda di sini