Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS RESTU ILMU SMA & STAM 2018

SMAKT - Majlis Restu Ilmu khas untuk calon-calon SMA dan STAM yang akan menduduki peperiksaan pada minggu hadapan telah diadakan dengan jayanya di bawah anjuran penyelaras tingkatan 4 dan tingkatan 6. 

Pihak sekolah yakin bahawa keredhaan guru-guru atas ilmu yang dicurahkan amat penting bagi memastikan segala ilmu yang dipelajari memperoleh keberkatannya. Oleh itu, majlis ini dirancang bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk memohon maaf dan restu daripada guru-guru yang telah berpenat lelah mengajar dan mendidik mereka selama ini. Program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran dan perangsang kepada pelajar agar mereka lebih bersemangat dan yakin untuk menghadapi peperiksaan nanti.

Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh               : 11 Oktober 2018
Masa                : 11.00 Pagi
Tempat             : Dewan Al-Abqori
 

Tag: 2018 SMA stam

0 komen

Sila berikan komen anda di sini