Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

CERAMAH DISIPLIN BAHAYANYA ROKOK ELEKTRONIK (VAPE)

Rokok elektronik adalah nama panggilan kepada alat yang membekalkan dos nikotin dalam bentuk wap dengan memanaskan cecair campuran propylene glycol, glycerol, perasa makanan dan nikotin menjadikannya berbentuk wap dan disedut oleh pengguna. Akan tetapi, bahan-bahan yang digunakan dalam rokok juga terdapat dalam vape.

Oleh yang demikian, pada 22 Julai 2019 (Isnin) pihak Badan Disiplin SMAKT telah mengambil inisiatif menyampaikan maklumat yang tepat melalui satu ceramah pendidikan untuk memberikan kesedaran tentang bahayanya dan kesan negatif daripada pengambilan vape. Ceramah ini telah disampaikan oleh Cikgu Izani bin Daud selaku Setiausaha Badan Disiplin SMAKT.

Tag: 2019 Badan Disiplin SMAKT

0 komen

Sila berikan komen anda di sini